RM9.6 juta bina rumah untuk golongan miskin tegar, miskin tahun hadapan

RM9.6 juta bina rumah untuk golongan miskin tegar, miskin tahun hadapan

WAN Ahmad Dahlan Abdul Aziz (tiga kiri) menyerahkan gambar rumah sebagai simbolik penyerahan kepada penerima Mohd. Yahya Ismail, 45, di Kampung Badang, Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM9.6 juta untuk membina sebanyak 120 rumah untuk golongan miskin tegar dan miskin bermula awal tahun depan.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, peruntukan pembasmian kemiskinan itu akan dimulakan dengan pembinaan sebanyak empat buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di sini.

Menurutnya, kos pembinaan sebuah rumah dianggarkan bernilai RM80,000 dengan keluasan 700 kaki persegi iaitu tiga bilk tidiur dan dua bilik air.

“Bagi peringkat permulaan, pembinaan baharu rumah Rumah Kasih Ihsan ICU JPM akan dilaksanakan pada Januari tahun hadapan yang melibatkan empat buah rumah ketua isi rumah (KIR) di DUN Kijang.

“Selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat di kawasan lain yang berdaftar eKasih dengan status miskin tegar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Bina Baharu dan Baik Pulih Rumah di Kampung Badang di sini hari ini yang turut Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK) ICU JPM, Jasri Kasim.

Wan Ahmad Dahlan memberitahu, selain itu, seramai 240 KIR daripada golongan miskin tegar dan miskin pula akan diberi bantuan baik pulih rumah yang dianggarkan berjumlah RM5.8 juta.

Katanya, mereka yang layak menerima rumah berkenaan juga adalah menerusi jelajah eKasih yang diadakan di Kelantan baru-baru ini.

“Rumah itu juga dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. Meskipun Kelantan merupakan negeri pembangkang, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan nasib rakyat terbabit yang hidup dalam kemskinan.

“Ia merupakan satu usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar dan kita sentiasa membuat semak silang dengan pihak berkaitan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya