PRK Kemaman: Keluar mengundi awal, elak tunggu petang - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Keluar mengundi awal, elak tunggu petang

MOHD. SHARKAR Shamsudin (tengah) membantu menolak seorang pengundi PRK Parlimen Kemaman yang menaiki kerusi roda di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini dinasihatkan keluar awal dan jangan tunggu sehingga petang yang kebiasaannya berlaku hujan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, memasuki musim tengkujuh, hujan tidak menentu dan kerap turun pada waktu petang bukan sahaja di Pantai Timur malah seluruh negara.

“Jadi, jangan tunggu saat-saat akhir keluar kerana kalau hujan mungkin ramai tak boleh keluar mengundi.

“Jadi keluar awallah sementara cuaca masih baik pada sebelah pagi,” katanya ketika menyantuni pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga di sini hari ini.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratus pengundi keluar mengundi bagi undi biasa sehingga 10 pagi hari ini adalah 18 peratus untuk PRK Kemaman.

PRK Parlimen Kemaman membabitkan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.

Kerusi P.040 Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan penyandang kerusi Parlimen itu dari Pas, Alias Che Hamid pada 26 September lalu.

Susulan itu, SPR menetapkan 18 November penamaan calon dan 2 Disember hari pengundian PRK Parlimen Kemaman membabitkan 141,790 pemilih berdaftar.

Pada PRU15 lalu, Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab. Ghani hanya memperoleh 506 undian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya