PRK Kemaman: Bukti rakyat, pengundi Melayu tolak gabungan UMNO, DAP - Jasri - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Bukti rakyat, pengundi Melayu tolak gabungan UMNO, DAP – Jasri

JASRI JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kemerosotan undi diperoleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam membuktikan rakyat terutama pengundi Melayu menolak gabungan UMNO dan DAP dalam kerajaan Perpaduan ketika ini.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran, Datuk Jasri Jamaludin berkata, keputusan itu juga satu referendum rakyat terhadap kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia juga merupakan isyarat jelas penolakan rakyat kepada kerajaan Perpaduan diterajui Anwar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam PRK itu semalam, calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar menang dengan majoriti besar 37,220 undi apabila memperoleh 64,998 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 27,778 undi.

Seramai 65.76 peratus atau 92,776 pengundi daripada 141,790 pemilih berdaftar turun menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Parlimen Kemaman.

Pada PRU15, penyandang kerusi Parlimen itu dari Pas, Alias Che Hamid menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam saingan empat penjuru.

Alias menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin mendapat 8,340 undi manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab. Ghani hanya memperoleh 506 undian.

Mengulas lanjut, Jasri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, rakyat Parlimen Kemaman membuat keputusan tepat apabila memilih Ahmad Samsuri sebagai wakil rakyat di situ.

“Tahniah Kemaman, pilihan yang tepat dengan majoriti jauh melebihi sasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya