Polis tahan 15 warga asing terbabit curi kad peralatan TM - Utusan Malaysia

Polis tahan 15 warga asing terbabit curi kad peralatan TM

DATUK AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 21 orang ditangkap termasuk 15 orang lelaki warganegara asing selepas disyaki terlibat dalam sindiket kecurian kad peralatan (equipment card) Telekom Malaysia (TM).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan pada 2 Disember lalu lebih kurang pukul 12.10 tengah hari telah menerima laporan berkenaan kejadian kecurian di Kabinet Equipment TM Tech di Bandar Springhill, Port Dickson.

Ekoran daripada maklumat berkenaan, jelasnya, pada 3 Disember lalu lebih kurang pukul 2.30 pagi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan Kontinjen Negeri Sembilan telah melakukan serbuan di kawasan sekitar Seksyen 36 Shah Alam, Selangor.

“Serbuan berjaya menangkap seramai 15 lelaki warganegara asing berusia dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun dan merampas equipment card TM yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM50,000.

“Pada 5 Disember lalu di antara pukul 1.30 tengah hari hingga 11.45 malam, pihak polis telah melaksanakan tangkapan susulan di tiga tempat berasingan di sekitar Selangor.

“Tangkapan seramai tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 38 hingga 53 tahun telah dibuat. Semakan rekod terhadap kesemua tangkapan mendapati seorang daripada tiga lelaki yang ditangkap yang berumur 50-an mempunyai lima rekod lampau kesalahan jenayah berkaitan gangsterisme,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

CARD Equipment TM yang dicuri dalam kejadian di Port Dickson baru-baru ini.

Menurut Ahmad Dzaffir, kesemua tangkapan telah direman empat hari sehingga esok manakala 15 orang warganegara asing yang ditangkap itu direman sehingga 20 Disember ini.

Susulan daripada itu, beliau memaklumkan, dua orang suspek utama di dalam kes ini juga telah ditangkap pada 5 Disember lalu oleh anggota Balai Polis Slim River, Perak semasa sedang melakukan jenayah mencuri equipment card TM.

Jelasnya, dua suspek itu kini ditahan reman empat hari di IPD Mualim, Perak.

“Penangkapan kesemua suspek setakat ini telah berjaya menyelesaikan lima kes kecurian equipment card TM di Negeri Sembilan dan satu kes di Perak. Siasatan lanjut terhadap tangkapan ini masih diteruskan.

“Siasatan kes ini dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya