PETALING JAYA: Polis meneruskan usaha mengumpul bukti-bukti bagi menjejak pembunuh Kanak-kanak Autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di sekitar kawasan mayatnya ditemukan kira-kira 200 meter dari kediamannya di Aparment Idaman, Damansara Damai di Sungai Buloh.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses itu masih berjalan dan akan memaklumkan mengenai perkembangan lanjut.
Menurut beliau, perkara tersebut sedang dilakukan secara menyeluruh oleh pasukan khas yang ditubuhkan.
“Kita masih mengumpul segala kemungkinan yang ada dan sebarang perkembangan mungkin akan dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain,” katanya secara ringkas.
Terdahulu, kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di dalam sungai tempatnya ditemukan malam semalam.
Perkara ini diperoleh hasil bedah siasatan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkenaan. – UTUSAN