Polis jumpa ibu bapa Zayn kumpul maklumat tapi belum ada pertunjuk - Utusan Malaysia

Polis jumpa ibu bapa Zayn kumpul maklumat tapi belum ada pertunjuk

Zayn Rayyan
ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menemui ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin sekali lagi malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kematian anak mereka namun setakat ini belum ada pertunjuk mengenai pembunuhan mangsa.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner,  Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pasangan itu ditemui polis kali kedua malam tadi untuk mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kes tersebut. 

Menurut beliau,  polis juga akan menemu bual  jiran dan saksi-saksi dalam tempoh terdekat bagi mencari petunjuk kejadian menimpan Zayn Rayyan.

“Kita jumpa  mereka kali kedua malam tadi dan akan lihat keperluan sekiranya perlu jumpa lagi untuk maklumat-maklumat lain,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut, kata beliau, proses pencarian bahan bukti masih giat dilakukan untuk menjejaki pelaku jenayah ke atas Zayn Rayyan namun setakat ini belum menemui apa-apa pertunjuk.

“Setakat ini, belum ada perkembangan lagi, kita akan maklum nanti,” jelasnya.

Terdahulu, polis akan akan meneruskan usaha mengumpul bukti-bukti yang ada dalam membantu dalam menjejak pembunuh Kanak-kanak autisme berkenaan di sekitar kawasan mayatnya ditemukan. 

Sementara itu,  Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses itu masih dalam tindakan pihak polis dan akan memaklumkan mengenai perkembangan lanjut. 

Kata beliau, proses berkenaan akan dilakukan secara menyeluruh oleh pasukan khas yang ditubuhkan dalam merungkai kes ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN