PLSB: Kelantan pertimbang cadangan bina terowong atasi banjir

PLSB: Kelantan pertimbang cadangan bina terowong atasi banjir

MOHD. Nassuruddin Daud (kiri) bertanya khabar keadaan penduduk yang terjejas dengan banjir di PPS Sekolag Kebangsaan (SK) Sri Kiambang, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kerajaan Kelantan sedia mempertimbangan cadangan yang dikemukakan penduduk Rantau Panjang bagi menyelesaikan masalah banjir yang didakwa berpunca daripada pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat kajian.

“Dari segi pembinaan, kita akan serahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kita faham projek itu masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Namun, kerajaan pusat boleh fikirkan kaedah supaya banjir tidak berlaku dalam tempoh yang lama, katanya ditemui pemberita di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang di sini hari ini.

Mengulas mengenai situasi terkini banjir di negeri ini, Mohd. Nassuruddin memberitahu, ia berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, hasil lawatan ada penduduk dari Kampung Serungga mendakwa banjir kali ini lebih teruk daripada 2014.

“Ada penduduk terpaksa berpindah kali ketiga ke PPS kerana air naik dengan cepat,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penduduk Rantau Panjang yang terkesan dengan banjir mendesak kerajaan mewujudkan lebih banyak terowong air di projek Lemba­ngan Sungai Bersepadu (PLSB) Su­ngai Golok di sini bagi mengatasi masalah banjir termenung setiap kali musim tengkujuh.

Dakwa penduduk, situasi itu menyebabkan mereka terpaksa berlindung lebih lama di pusat pemindahan sementara (PPS) sekali gus mengundang rasa kurang selesa.

Pada masa sama, mereka mendakwa turut berdepan masalah penyakit kulit apabila terpaksa mengharungi banjir termenung setiap mahu pulang untuk melihat keadaan rumah.

Ahli Jawatankuasa Bertindak Banjir Rantau Panjang, Mohd. Ariffin Ismail berkata, langkah tersebut dilihat mampu mengurangkan kesan banjir yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di lebih 10 buah kampung sementara menunggu projek tersebut siap sepenuhnya.

Menurutnya, jika tiada usaha segera berkemungkinan besar lebih banyak kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya