PETALING JAYA: Isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan keutamaan buat masa ini selain pelaksanaannya tidak sesuai pada waktu sekarang. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, apa yang perlu difokuskan ketika ini adalah tanggungjawab yang perlu digalas untuk rakyat dengan menyiapkan lebih 50,000 projek kemudahan awam. Menurut beliau, tempoh untuk melaksanakan pilihan raya PBT adalah dijangka selepas tempoh 10 tahun lagi setelah projek kemudahan awam yang dirangka itu siap sepenuhnya. “Negara kita baru pulih daripada pergolakan politik, waktu kini adalah untuk redakan suhu politik dan fokus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya