Pilihan raya PBT: Di mana suara kumpulan dahulu laung 'hidup Melayu', nyanyi lagu 'anak kecil main api'? - Jasri - Utusan Malaysia

Pilihan raya PBT: Di mana suara kumpulan dahulu laung ‘hidup Melayu’, nyanyi lagu ‘anak kecil main api’? – Jasri

JASRI JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang mengesyorkan diadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan memulakannya di Kuala Lumpur boleh mencetuskan ‘kebimbangan’ dalam komuniti terutama di bandar besar.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran, Datuk Jasri Jamaludin berkata, persoalan tentang pilihan raya PBT tersebut pernah beliau bangkitkan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada bulan Mei lalu.

“Jawapan yang saya terima ketika itu adalah jelas iaitu kuasa menentukan sama ada perlu atau tidak pilihan raya PBT ini diadakan terletak di tangan menteri yang memegang portfolio Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Walaupun dinyatakan bahawa ia (pilihan raya PBT) bukan keutamaan buat masa ini, namun ia sudah mula disuarakan secara terbuka oleh wakil DAP dan kita tak tahu apa sebenarnya ‘agenda’ mereka.

“Dimanakah suara suara kumpulan yang dulu selalu melaungkan ‘hidup Melayu’ dan selalu menyanyikan lagu ‘anak kecil main api’,” soalnya dalam kenyataan di Facebook di sini.

Terdahulu, media melaporkan, Kok Wai semasa berucap dalam Konvensyen DAP Kuala Lumpur baru-baru ini mencadangkan supaya kerajaan memulakan pelaksanaan pilihan raya PBT di ibu negara.

Mengulas lanjut, Jasri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, kerajaan sepatutnya tidak mempertimbangkan cadangan itu kerana ia dikhuatiri ‘memberi kesan kurang baik’ kepada proses lantikan ahli majlis dalam PBT itu sendiri.

Katanya, setiap keputusan berkaitan pilihan raya PBT perlu dibuat secara berhati-hati untuk mengelak daripada ‘mengguris’ perasaan rakyat, terutama orang Melayu.

“Macam di Pahang inilah… kerajaan UMNO-DAP dan saya tidak nampak perjuangan UMNO yang sebelum ini lantang membela kepentingan orang Melayu bersuara (membantah) cadangan berkenaan. Apabila ia dilakukan, sudah pasti di bandar-bandar besar di Pahang akan dikuasai kaum tertentu sahaja.

“Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pun kita dapat lihat kerusi (dalam kawasan bandar) ini dimenangi oleh DAP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya