Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap anak jiran

Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap anak jiran

ANGGOTA polis mengiringi tertuduh semasa menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki jirannya berusia 15 tahun selain meminta mangsa meliwat dirinya di Kampung Pintu Geng, di sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, Che Rahim Sidik,56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh yang merupakan bekas pekerja membuat produk batik didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dua bulan.

Bagi satu lagi pertuduhan, Che Rahim didakwa meminta mangsa yang sama untuk meliwatnya.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Pintu Geng, di sini kira-kira pukul 8 pagi pada 6 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 14 (d) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat jika disabitkan kesalahan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohd. Bakri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Akmal tidak menawarkan jaminan terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN