Penduduk resah gajah liar rosakan tanaman

Penduduk resah gajah liar rosakan tanaman

PENDUDUK menunjukkan kesan tapak kaki gajah yang menceroboh masuk ke dalam kawasan kebun di Kampung Gertak Kangkong, Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Penduduk di Kampung Gertak Kangkong, Mengkebang di sini resah selepas seekor gajah liar merosakan tanaman mereka sejak Jumaat lalu.

Susulan itu, penduduk mendakwa mereka kerugian ribuan ringgit selepas tanaman seperti kelapa sawit, kelapa dan getah dirosakan haiwan berkenaan.

Seorang penduduk  Mohd. Zahari Yaakob, 63, sejak kehadiran ‘orang besar’ itu mereka terpaksa berwaspada setiap kali turun ke kebun.

“Biasanya saya akan membawa golok untuk dijadikan sebagai senjata bagi mempertahankan diri sekiranya berdepan ancaman haiwan liar.

“Ini merupakan kali pertama haiwan liar itu ‘munculkan diri’ sejak kami menetap di sini ,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

 

PENDUDUK memeriksa tanaman kelapa sawit yang dirosakan oleh gajah liar di Kampung Gertak Kangkong, Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.

Seorang lagi penduduk Samuin Awang, 56, berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini.

Katanya, hal ini kerana lokasi kejadian dengan penempatan penduduk hanyalah 200 meter sahaja.

“Sejak kehadiran gajah itu, penduduk di sini tidak tenteram memikirkan keselamatan setiap kali keluar menoreh,” ujarnya.

Sementara itu, Mazlan Setapa, 56, berkata, lebih 60 pokok kelapa sawit miliknya telah musnah selepas dirosakan haiwan berkenaan pada Sabtu.

Katanya, ketika ini dia masih belum dapat membuat taksiran berkait dengan kerugian yang dialami akibat kejadian itu.

“Saya sudah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya