Pemain industri pelacongan Melaka promosi Pakej 24 - Utusan Malaysia

Pemain industri pelacongan Melaka promosi Pakej 24

Lim Chow Beng bersama Sazali Sabri selepas pelancaran Pakej 24 di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain industri pelancongan di negeri ini bakal menyediakan  pelbagai pakej serta diskaun khas kepada pelancong khususnya pada tarikh 24  setiap bulan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat TMM2024, Datuk Lim Chow Beng berkata, hampir  semua hotel-hotel di negeri ini menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan Pakej 24.

Menurut beliau, Pakej 24 itu ditawarkan mengikut kreativiti pemain industri  pelancongan negeri  bertujuan untuk menggamit lebih ramai pelancong ke negeri  ini sempena TMM2024.

“Usaha memperkenalkan Pakej 24 adalah bertepatan untuk kerajaan negeri  mensasarkan kedatangan 18.7 juta pelancong dan pengunjung.

“Beberapa penggiat industri pelancongan seperti hotel, inap desa (homestay) dan  hospital swasta telah bersetuju untuk menyediakan pelbagai pakej menarik pada  setiap tarikh 24 setiap bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pakej 24 Sempena TMM2024 di Hotel MITC, Ayer Keroh di sini semalam.

Chow Beng berkata, lebih 80 hotel di negeri ini akan melancarkan Pakej 24 dengan menyediakan fasiliti dan pakej terbaik sebagai tanda sokongan terhadap TMM2024.

Menurutnya, kerajaan negeri menawarkan tujuh kenderaan sebagai cabutan bertuah  pada TMM2024 di mana pelanggan Pakej 24 yang berbelanja lebih RM500 pada satu  resit berpeluang sertai cabutan bertuah terbabit.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel MITC, Sazali Sabri berkata, pihaknya  menawarkan lapan pakej istimewa kepada pengunjung yang menginap di hotel MITC setiap tarikh 24 hari bulan.

Katanya, antara pakej yang ditawarkan ialah sabutan ulang tahun perkahwinan ke- 24 dengan bilik istimewa dihias indah dan makan malam yang romantis, diskaun  makan dan minum sebanyak 10 peratus dan potongan harga sebanyak 24 peratus bagi  pengunjung membuat tempahan melalui laman sesawang rasmi MITC.

“No pendaftaran kereta 24 juga boleh mendapat diskaun 24 peratus penginapan dan  10 peratus potongan makanan serta minuman pada setiap tarikh 24 hari bulan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya