Pelajar mati dilanggar DSP polis mahu jadi pelumba motosikal - Utusan Malaysia

Pelajar mati dilanggar DSP polis mahu jadi pelumba motosikal

Mimi Julia Ismail, 50, ibu kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie,tidak dapat menahan sebak kehilangan anak lelaki bongsu dilanggar pegawai polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang dilanggar mati kereta dipandu pegawai polis  di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini semalam  minat dengan permotoran dan bercita-cita menjadi pelumba motosikal.

Cerita abang kepada mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, disebabkan minat itu juga, Zaharif pandai membaiki motosikal dan di rumah dia membina motosikalnya sendiri.

Katanya, kebolehan tersebut menyebabkan kawan-kawannya sering meminta bantuan arwah jika motosikal mereka ada masalah.

“Dia buat bengkel motor, tiap-tiap malam kawan dia datang, nak tukar tayar atau apa, semua datang kepada dia nak baiki motor. 

“Dia ada kemahiran sendiri untuk membaiki motor. Dia ada cakap lepas SPM dia cakap nak belajar motor, nak jadi pelumba motor. Saya ada cakap janganlah buat benda yang ibu tak reda tapi saya tidak melarang dia buat macam itu,” kata Zarul ketika ditemui pemberita di rumahnya di Chepor Sentosa di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, motosikal yang dia naik (tunggang) semalam itu bukan motosikal Zaharif  tetapi motosikal kawannya. 

“Dia cuma naik motosikal kawannya, motosikal tersebut memang telah diubah suai,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam, Muhammad Zaharif Affendi maut dipercaya dilanggar pegawai polis  yang menaiki sebuah kereta Perodua Ativa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya