Pelajar 14 tahun hilang dari asrama sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar 14 tahun hilang dari asrama sekolah

Muhammad Danial Akmal bin Zulkhairi, pelajar dilaporkan hilang dari asrama sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disyaki hilang, sejak tengah hari Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, remaja  dikenali sebagai Muhammad Daniel Akmal Zulkhair kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari.

Kata beliau, orang ramai yang mempunyai  maklumat berkenaan mangsa diminta tampil ke Balai Polis berhampiran ataupun menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Mengikut maklumat di media sosial, Muhammad Danial hilang dari asrama Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya