Pekerja p-hailing maut dilanggar lari - Utusan Malaysia

Pekerja p-hailing maut dilanggar lari

KEADAAN motosikal dinaiki Mohamad Fitri yang terbabit nahas jalan raya dipercayai dilanggar lari di Jalan Mantin-Beranang, Seremban pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pekerja p-hailing maut dipercayai terbabit dalam nahas langgar lari di Jalan Mantin-Beranang berdekatan sebuah stesen minyak di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Mohamad Fitri Abdul Sani, 30, yang tinggal di Taman Andalas, Mantin disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang dipercayai telah dilanggar oleh kenderaan yangjenis dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti. 

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kejadian langgar lari kerana terdapat serpihan cermin sisi dan bumper warna putih di tempat kejadian. 

“Oleh itu, pihak polis memohon agar saksi kejadian tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai Inspektor B. Sharveen Raj di talian 011-26176424 bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

 

Dalam pada itu, kakak sulung mangsa, Nor Nabila Abdul Sani, 32, berkata, dia mendapat panggilan daripada individu tidak dikenali menerusi telefon bimbit adiknya itu yang memaklumkan adiknya terbabit kemalangan serta dalam keadaan tidak sedarkan.

Menurutnya, dia kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keadaan di lokasi kemalangan yang turut terdapat sisa kenderaan lain seperti kenderaan berat termasuk di pakaian adiknya yang merupakan anak kedua dari enam beradik.

“Memang terasa sangat dengan kehilangan ini kerana arwah suka bantu adik-beradik. Arwah memang betul-betul sangat ringan tulang dan banyak tolong adik-beradik yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, ayah mangsa, Abdul Sani Md Yatim, 61, pula berharap agar saksi kemalangan dapat tampil bagi membantu siasatan polis memandangkan terdapat maklumat tular menyatakan anaknya dilanggar lari serta ada juga menyatakan disebabkan lubang di atas jalan.

“Orang di situ hanya maklum terdengar bunyi dentuman kuat dan sebaik ke lokasi hanya terdapat anak saya serta motosikalnya sahaja selain serpihan komponen kenderaan dipercayai lori di lokasi kejadian,” katanya yang memberitahu jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mantin Dalam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya