Pekerja p-hailing didakwa edar dadah 112 kg - Utusan Malaysia

Pekerja p-hailing didakwa edar dadah 112 kg

D. DKRISHNA Roa dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 112 kg di sebuah tokong di Seremban pada 9 Disember lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pekerja p-hailing didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas dakwaan mengedar dadah seberat lebih 112 kilogram (kg) di sebuah tokong, di sini, lebih seminggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada D. Dkrishna Roa, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali.

Berdasarkan pertuduhan, didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 112.482 kg di Hock Siew Keng Temple, Jalan Tuanku Antah pada pukul 8.55 malam, 9 Disember lalu.

Oleh itu, dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, P. Pushpa manakala tertuduh diwakili peguam A. Partheeban.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 21 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya