KEMAMAN: Kira-kira 20 pekebun di Bandar Cheneh Baru, dekat sini, berputih mata selepas tanaman diusahakannya setahun lalu, musnah diserang gajah liar. Seorang pekebun, Ismail Mohamad, 62, berkata, dia terkejut apabila hampir 200 pokok pisang, ubi kayu, kelapa dan cempedak ditanamnya dirosakkan gajah, Sabtu lalu. “Masa saya sampai di kebun, saya tengok terdapat kesan tapak kaki gajah dan najisnya berselerakan di kebun. “Hampir keseluruhan pokok tumbang dan ada antaranya telah berbuah dan menunggu masa untuk dipetik dan dijual,” katanya ketika ditemui di kebunnya, di sini semalam. Ismail berkata, dia sedih dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya