Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah - Utusan Malaysia

Pasukan Vietnam muncul johan World Cup Sawah

AKSI di antara pasukan dari negara Vietnam dan Zambia bagi kategori World Cup Sawah pada Pesta Bola Ngoca 2023 yang berlangsung di Perkampungan Budaya Terachi, Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pasukan dari negara Vietnam muncul johan bagi kategori World Cup Sawah yang julung kali diperkenalkan pada pertandingan Pesta Bola Ngoca 2023 di sini semalam.

Pasukan Malaysia pula meraih naib johan manakala ketiga menjadi milik pasukan dari negara Zambia.

Sementara itu, pasukan Gers FC D dari Putrajaya dan Aurel FC dari Kelantan muncul bagi johan kategori lelaki dan perempuan.

Masing-masing membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000 dan RM8,000.

Pesta Bola Ngoca 2023 telah berlangsung selama dua hari di Perkampungan Budaya Terachi, Seri Menanti, Kuala Pilah di sini.

Berakhir semalam, sebanyak 176 pasukan menyertai pertandingan tahun ini yang melibatkan 128 pasukan lelaki dan 48 pasukan wanita dan ia merupakan penyertaan yang tertinggi berbanding tiga tahun penganjuran sebelum ini.

PERTANDINGAN gusti bantal turut diadakan sebagai acara sampingan pada Pesta Bola Ngoca 2023 yang berlangsung di Perkampungan Budaya Terachi, Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Ia diadakan bagi memperkenal dan mengekalkan sukan tradisional masyarakat di Negeri Sembilan iaitu ngocha ikan iaitu menangkap ikan menggunakan tangan di sawah atau bendang sementara menunggu hasil tuaian padi.

Bagi memeriahkan acara, turut diadakan beberapa permainan sampingan seperti gusti bantal, basikal titi, tiang licin, baling tin dan menyumpit.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya