KOTA BHARU: Pasir Mas menjadi jajahan tunggal di negeri ini yang masih terjejas dengan banjir apabila seramai 6,900 mangsa masih berlindung di 13 buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa itu terdiri daripada 1,952 buah keluarga.
“Kesemua sungai-sungai utama di negeri ini berada di paras normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih melepasi tahap bahaya iaitu 9.36 walaupun tren menurun.
“Sementara Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menunjukkan tren menurun, namun berada pada paras berjaga-jaga,” katanya.
Dalam pada itu, aktiviti urus niaga di pekan Rantau Panjang berjalan seperti biasa.-UTUSAN