Pak Belang munculkan diri di tapak pembinaan lebuh raya

Pak Belang munculkan diri di tapak pembinaan lebuh raya

TUAN Mohd. Faris Zairi Tuan Sulaiman menunjukkan kesan tapak kaki harimau belang yang ditemukan di kawasan tapak pembinaan lebuh raya  Bukit Tiu-Kampung Berangan Mek Nab berhampiran Bukit Bakar, Machang, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Pekerja di kawasan tapak pembinaan lebuh raya Bukit Tiu-Kampung Berangan Mek Nab berhampiran Bukit Bakar di sini digemparkan dengan penemuan bangkai seekor lembu yang dipercayai dibaham harimau belang semalam.

Mengesahkan lagi dakwaan itu, para pekerja turut menjumpai kesan tapak kaki haiwan berkenaan di kawasan tersebut.

Seorang pekerja Hanif Che Aziz, 26, berkata, sejak penemuan kesan itu dia dan rakan-rakan sentiasa berada dalam keadaan waspada sepanjang melakukan tugas di kawasan tapak pembinaan tersebut.

Menurutnya, sebelum kejadian pekerja tapak pembinaan ini pernah melihat kelibat harimau belang betina bersama anaknya.

“Berpandukan kepada kesan tapak kaki, saya jangkakan harimau yang membaham lembu itu adalah jantan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

TAPAK harimau belang yang ditemukan di kawasan tapak pembinaan lebuh raya  Bukit Tiu-Kampung Berangan Mek Nab berhampiran Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

Seorang penduduk, Tuan Mohd. Faris Zairi Tuan Sulaiman, 28, memberitahu, buat masa ini dia hanya mampu berdoa agar haiwan karnivor itu tidak mengganggu penduduk.

Katanya, hal ini kerana lokasi kejadian berhampiran dengan kawasan kebun, ladang getah dan Hutan Lipur Bukit Bakar yang merupakan pusat peranginan.

“Melihat kepada kesan gigitan pada bahagian leher lembu betina dan bangkai yang masih ada itu, saya tidak menolak kemungkinan pak belang akan kembali semula untuk mendapatkan makanan.

“Walaupun sudah biasa dengan penemuan harimau bintang dan kumbang itu, namun melihat kepada kesan tapak kaki pak belang membuat pekerja di sini gerun,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara tersebut.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya