Pahang setuju wujud Hab Permotoran di Temerloh tahun depan - Utusan Malaysia

Pahang setuju wujud Hab Permotoran di Temerloh tahun depan

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh 2023 di Temerloh, Pahang. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Hab Permotoran bertaraf nasional di daerah ini setelah kajian menyeluruh bagi memenuhi citarasa anak-anak muda dalam bidang tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hab atau litar khusus itu untuk aktiviti permotoran termasuk mewujudkan kompleks sukan permotoran pelbagai guna sebagai pusat aktiviti orang ramai.

“Hab permotoran yang dicadangkan di Temerloh pada tahun hadapan adalah bagi memenuhi aspirasi anak muda selain lokasi Temerloh berada di Titik Tengah Semenanjung.

“Sambutan hebat Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh yang dihadiri lebih 15,000 peserta memberi aspirasi keperluan sebuah hab permotoran perlu diadakan di Temerloh,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh 2023 di Dataran Temerloh hari ini.

Wan Rosdy dalam pada itu berkata, kerajaan negeri juga bersetuju menganjurkan Himpunan Permotoran Anak Muda Pahang tahun hadapan, dengan menghimpunkan anak-anak muda dari seluruh negara yang terlibat dalam aktiviti permotoran dengan peruntukan RM300,000.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga turut menyediakan peruntukan RM200 seorang bagi membantu anak muda Pahang berusia 18 hingga 21 tahun untuk mengambil lesen memandu kereta dan motosikal.

“Bagi tujuan itu, jumlah keseluruhan RM720,000 diluluskan yang memberi manfaat kepada 3,600 penerima golongan muda di negeri ini,” katanya.

Tegasnya, ia sebahagian daripada peruntukan yang disalurkan untuk memastikan aktiviti dan program anak muda di Pahang menjadi keutamaan kepimpinan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy berkata, berikutan sambutan hebat anak muda pada program hari ini, karninal peringkat daerah akan dianjurkan tahun depan bagi memberi lebih ramai anak muda menyertainya.

Bagaimanapun ujarnya, karnival lebih besar diadakan di Temerloh sesuai dengan lokasinya berada di tengah-tengah negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya