Orang Asli gagal pulang ke kampung akibat banjir

Orang Asli gagal pulang ke kampung akibat banjir

ROSMI Rosli terkandas selepas air Sungai Betis melimpahi jambatan di RPS Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Hasrat seorang pemuda Orang Asli suku kaum Temiar untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga di Pos Belatim di sini tidak kesampaian apabila dia terkandas selepas Jambatan Sungai Betis dinaiki air sejak pukul 9 pagi tadi.

Rosmi Rosli, 34, merupakan pekerja kilang di Ipoh, Perak yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC berhajat ingin bertemu ibunya Rosiah Alang, 50, selepas setahun tidak berjumpa.

Menurut Rosmi, dia bertolak dari Ipoh kira-kira pukul 6 pagi dan tiba empat jam kemudian di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis.

Ujarnya, dia memilih untuk pulang ke kampung apabila mendapat cuti empat hari bermula hari ini.

“Semasa tiba di Jambatan Sungai Betis, saya terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung bertemu ahli keluarga.

“Saya rasa sangat sedih dan kecewa apabila melihat jambatan tersebut semakin ditenggelami air. Saya juga sudsh setahun tidak pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui pemberita di RPS Kuala Betis di sini, hari ini.

Rosmi memberitahu, disebabkan terkandas, dia akan bermalam di hotel atau rumah saudara terdekat sementara menunggu air surut.

Katanya, jika air tidak surut dalam tempoh empat hari, dia akan pulang semula ke Ipoh dan mencari masa yang lain untuk pulang ke kampung.

“Saya berharap air cepat surut. Ini merupakan kesempatan saya untuk bertemu keluarga kerana sudah setahun tidak pulang dan menjenguk mereka,” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, air Sungai Betis semakin naik dan ini membimbangkan penduduk di sekitar RPS Kuala Betis.

Setakat ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di kawasan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya