Nazrulerwan puas percaturan menjadi belasah Kelantan FC

Nazrulerwan puas percaturan menjadi belasah Kelantan FC

KELANTAN FC (merah) menutup saingan Liga Super musim ini dengan kekalahan 2-6 kepada Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali sementara Kelantan United Nazrulerwan Makmor mengakui puas percaturannya menjadi apabila berjaya membalas seteru setempat Kelantan FC 6-2 pada aksi penutup tirai Liga Super musim ini di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Nazrulerwan berkata, pihaknya sudah merancang untuk meletakan pemain muda dalam kesebelasan utama selepas majoriti lawan dibarisi pemain yang sama dan mempunyai kelajuan.

Menurutnya, campuran pemain muda dan senior pada separuh masa kedua untuk mengimbangi perlawanan dan seterusnya menjaringkan gol.

“Saya faham pada separuh masa pertama kita tidak bermain seperti biasa dan lebih banyak beri peluang kepada pemain Kelantan FC bermain bola sepak. Di bilik persalinan saya beritahu mereka kita tidak boleh meneruskan rentak permainan sebegitu.

“Pertukaran tiga pemain sekali gus dengan memasukkan beberapa pemain utama pada awal separuh masa kedua adalah titik tolak perubahan corak permainan Kelantan United sehingga berjaya menjaringkan lima gol,” katanya sejurus tamat perlawanan malam tadi.

Dalam pekembangan lain, Nazrulerwan memberitahu, kontrak semua pemain dan jurulatih Sang Kijang Hijau akan tamat pada 31 Disember nanti dan beliau telah menasihatkan semua pemain agar menyambar mana-mana peluang yang hadir.

“Saya beritahu pemain kalau ada dapat tawaran, jangan tunggu dan pergi ‘sign’ kerana ini melibatkan masa depan mereka. Kita tidak boleh menunggu sesuatu yang tidak nyata.

“Jadi sekiranya pemain-pemain sudah mendapat tawaran daripada mana-mana kelab, saya persilakan malah galakkan mereka untuk merebut peluang itu,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai masa depannya bersama Kelantan United, Nazrulerwan berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan berlangsung bersama pihak pengurusan kelab mengenai perancangan serta persediaan untuk musim depan.

“Untuk perancangan musim depan saya belum dapat sebarang maklumat daripada pihak pengurusan. Tunggulah dalam seminggu atau dua minggu lagi. Sekiranya pihak pengurusan panggil kita akan berbincang.

“Bagaimanapun jika tiada sebarang panggilan daripada pihak pengurusan kelab dalam tempoh masa tersebut, saya juga mungkin akan angkat kaki dan cari pasukan lain,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya