MITRA perluas Program Seminar Serambi SPM - Utusan Malaysia

MITRA perluas Program Seminar Serambi SPM

P. Ramanan beramah mesra pada Majlis Penutupan Seminar Serambi SPM 2023 Tajaan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). - UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) memperuntukkan  RM97,000 untuk  menggerakkan  Program Seminar Serambi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi  pelajar kaum  India yang bakal menduduki SPM.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Pengerusi MITRA, Datuk P. Ramanan berkata, program tersebut adalah lanjutan dari tahun lalu dan terus diperkasakan tahun ini selepas melihat keberkesanan pelajar SPM  yang menyertai program tersebut.

Menurut beliau, program tersebut akan diperkembangkan ke seluruh negara untuk membantu lebih ramai pelajar kaum India.

“Buat masa sekarang, pihak MITRA sedang merangka rancangan dan inisiatif baru untuk tahun seterusnya.

“Sudah tentu akan ada sedikit perubahan tetapi kita akan lihat hasilnya nanti,” kata beliau pada Majlis Penutupan Seminar Serambi SPM 2023, di sini semalam

Setakat ini, menurut beliau,  program tersebut telah berjaya melibatkan kumpulan murid seramai 750 orang pelajar SPM.

“MITRA telah menampung kos sebanyak RM97,000 untuk 750 pelajar termasuk makanan dan lain-lain sepanjang  menyertai seminar tersebut,” katanya.

Kata Ramanan, beliau mengharapkan program seperti ini diperbanyakkan untuk memberi persediaan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. 

“Program ini merupakan idea sepenuhnya pihak MITRA, saya mengharapkan kita akan banyakkan lagi program seperti ini” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya