Melaka destinasi pilihan utama pelancong domestik - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Melaka destinasi pilihan utama pelancong domestik – Ahmad Zahid

Ab. Rauf Yusoh menerima zakat TH2022 untuk asnaf dan anak yatim di DUN Sungai Rambai pada Majlis Perasmian Penutup Karnival D’Bendang di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Jasin, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Melaka membuktikan antara destinasi pilihan utama  khususnya bagi pelancongan domestik yang menyumbang enam peratus daripada pelancongan domestik Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan  statistik tahun 2022, Melaka  menerima kehadiran 6.043 juta pelancong  2.665 juta orang pada tempoh sama pada tahun 2021.

Menurut beliau, ini menunjukkan peningkatan seramai 3.378 juta pelancong atau 126.76 peratus.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 5.637 juta orang atau 93.27 peratus adalah  pelancong domestik dan 406,517 orang atau 6.73 peratus adalah pelancong asing. 

“Melalui inisiatif Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kerajaan negeri menyasarkan kedatangan pelancong dan pengunjung ke Melaka antara 15 juta hingga 18 juta orang.

“Berdasarkan data ini, membuktikan Melaka merupakan antara destinasi  pilihan utama khususnya bagi pelancongan domestik,” kata beliau  pada Majlis Perasmian  Penutup Karnival D’Bendang di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di sini hari  ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang turut  dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, 

Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa,  Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang  telah dipilih oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai tuan  rumah bagi Sambutan Hari Pelancongan Dunia atau World Tourism Day tahun depan.

Menurutnya, beliau yakin pemilihan Melaka itu adalah kelebihan menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang serta menjadikan negeri ini sebagai destinasi  pilihan.

Kata beliau, ia sekali gus menjadi titik tolak kepada keyakinan pelabur dari dalam mahupun luar negara, untuk terus merancakkan ekonomi di bumi Hang Tuah ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan penganjuran  Karnival D’bendang Sungai Rambai 2023 yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat berakhir hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya