Mek Jah sebak terima bantuan banjir

Mek Jah sebak terima bantuan banjir

RUSLAN Said (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang, Kelantan.UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang warga emas tidak dapat menahan sebak apabila menjadi salah seorang daripada 200 mangsa banjir yang menerima sumbangan dari agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini.

Mek Jah Nor, 75, berkata, sumbangan itu amat besar erti buatnya yang ketika ini masih lagi berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumahnya di Kampung Limau Purut ditenggelami banjir.

“Alhamdulillah, bantuan ini akan dimanfaat sebaik mungkin dan saya bersyukur apabila terpilih sebagai penerima.

“Ini kali kedua saya terpaksa berpindah apabila rumah ditenggelami banjir. Semoga banjir ini cepat pulih namun saya masih lagi bimbang kerana hujan lebat dijangka berlaku minggu depan,” katanya pada Program Misi Bantuan Banjir Agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ruslan Said berkata, jumlah keseluruhan bantuan untuk mangsa banjir di Pasir Mas bernilai RM146,000.

Katanya, bantua itu melibatkan wang tunai, kit solat, peralatan kebersihan diri dan beg sekolah.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan bebanan mangsa banjir dan diingatkan perlu berjaga-jaga kerana kemungkinan akan berlaku banjir gelombang ketiga.

“Pada masa yang sama, sebanyak sembilan pondok agama di negeri ini yang terjejas banjir turut menerima sumbangan,” ujarnya.

Ruslan berkata, antara agensi agama terlibat dengan program ini selain Jakim ialah Lembaga Tabung Haji, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan TV Alhijrah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya