MB Kelantan redah banjir untuk ke pejabat

MB Kelantan redah banjir untuk ke pejabat

MOHD. Nassuruddin Daud (dua kini) menaiki pacuan empat roda untuk ke pejabat selepas rumahnya di Kampung Meranti, Pasir Mas, Kelantan ditenggelami banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud terpaksa menaiki pacuan empat roda selepas kawasan rumahnya di Kampung Meranti ditenggelami sejak malam tadi.

Tindakan itu bagi membolehkan beliau ke pejabat di Kompleks Kota Darulnaim untuk menjalankan tugas rasmi selain mempengerusikan Mesyuarat Exco pada hari ini.

Mohd. Nassuruddin menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, paras air naik di kawasan rumahnya naik agak cepat pada lewat malam tadi.

“Paras air naik agak cepat. Lewat malam tadi kawasan rumah saya turut dinaiki air dan sekitar Kampung Meranti.

“Alhamdulilah, pagi ini masih dapat melaksanakan tugasan rasmi ke pejabat untuk memimpin Mesyuarat Exco,” katanya.

Kawasan Meranti mula dilanda banjir selepas benteng Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang, Rantau Panjang dekat disini pecah sejak semalam.

Utusan Online sebelum itu melaporkan,
benteng PLSB di Kampung Lanchang di sini pecah selebar 20 meter sejak.

Difahamkan, situasi berlaku akibat arus deras sekali gus menyaksikan beberapa kawasan di Meranti, Gelang Mas Pasir Mas dan Pengkalan Kubor, Tumpat mula ditenggelami banjir.

Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Marinamarican Abdullah berkata, setakat ini pihaknya masih belum dapat ke lokasi memandangkan arus masih deras.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya