Mangsa bertambah, banjir di Kelantan makin meruncing

Mangsa bertambah, banjir di Kelantan makin meruncing

KAWASAN Bandar Baru Lubok Jong, Rantau Panjang, Kelantan yang ditenggelami banjir semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di Kelantan makin meruncing apabila mangsa banjir semakin bertambah apabila seramai 17,307 mangsa sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 15,147 setakat pukul 4 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bercana negeri dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi ini jumlah mangsa bertambah sebanyak 2,160 orang.

Menurutnya, kesemua mangsa daripada 5,466 keluarga itu sedang berlindung di 87 buah PPS.

“Setakat ini lapan jajahan yang terkesan dengan banjir ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.

“Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 12,791 orang diikuti, Kuala Krai (2,383), Tanah Merah (1,216) dan Machang (204), Gua Musang (95), Jeli (82), Kota Bharu (42) dan Pasir Puteh (39),” katanya.

Sementara itu, dua batang sungai di negeri ini iaitu Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Rantau Panjang) masih melepasi bacaan paras bahaya.

Bagaimanapun, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (Kota Bharu) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) melepasi tahap amaran.

Sungai Nal (Kuala Krai) dan Empangan Bukit Kwong (Rantau Panjang) bacaan di tahap berjaga-jaga manakala lain-lain sungai di negeri ini berada di paras normal.

Dalam perkembangan lain, beberapa buah kampung di jajahan Tumpat mula dilanda banjir.

Antara kampung terlibat ialah Bendang Pak Yong, Jejulok, Kajang Sebidang, Teluk Jering, Kubang Sawa, Kuala Jambu, Simpangan, Pisau Raut dan Derdap.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya