Mangsa banjir Kelantan terus menurun

Mangsa banjir Kelantan terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri terus merekodkan penurunan apabila 9,387 berbanding 10,275 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi tadi kesemua mangsa daripada 2,903 keluarga itu berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai dan Jeli kekal sebagai jajahan yang masih terjejas dengan banjir.

“Daripada jumlah tersebut, jajahan Pasir Mas kekal sebagai kawasan yang paling teruk terjejas apabila 6,347 mangsa masih berlindung di 12 PPS.

“Sementara di Tumpat pula seramai 2,545 mangsa masih berlindung di 10 PPS, diikuti Jeli (426) dan Kuala Krai (67),” ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan tren menurun, namun masih berada pada bacaan di paras bahaya.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri memberitahu, lain-lain sungai seperti Sungai Pergau di Kampung Lawar, Jeli, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Kusial (Tanah Merah) serta Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) melepasi bacaan amaran.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya