Mangsa banjir Kelantan naik mendadak

Mangsa banjir Kelantan naik mendadak

SEORANG  penduduk meredah banjir di kawasan Pekan Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri meningkat dengan mendadak apabila seramai 3,570 mangsa berlindung di 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) 1,366 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 malam kesemua mangsa yang berlindung di PPS itu dari 1,110 keluarga.

Menurutnya, tiga daerah yang terjejas dengan banjir ketika ini ialah Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

“Pasir Mas menjadi daerah yang paling teruk terjejas apabila seramai 3,247 mangsa berlindung di sembilan PPS.

“Sementara Tanah Merah 217 mangsa dan Kuala Krai 106 mangsa,” katanya.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi bacaan paras bahaya iaitu 10.45 meter.

Sungai Kelantan Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai), Sungai Golok di Jebob (Tanah Merah) dan Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) melepasi bacaan paras berjaga-jaga.

Lain-lain sungai utama berada di paras normal.

Dalam pada itu, laluan yang yang ditutup kepada semua kenderaan ialah jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (berhampiran Masjid Padang Licin), Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh (berhampiran padang bola), jalan Banggol Kulim (pintu Kastam 2), jalan Bunga Raya (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan jalan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Sementara jalan jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah di Kampung Kubang Rambutan ditutup kepada kenderaan ringan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya