Mangsa banjir Kelantan kembali cecah empat angka

Mangsa banjir Kelantan kembali cecah empat angka

TANGGA Krai, Kuala Krai Kelantan menjadi salah satu kawasan menyukat paras air sungai di negeri ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir kembali melanda Kelantan apabila jumlah mangsa kini mencecah empat angka iaitu 1,147 orang berbanding 670 pada pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 12 tengah hari tadi Tanah Merah dan Jeli menjadi daerah terbaru dilanda banjir selain Rantau Panjang di Pasir Mas.

Menurutnya, kesemua mangsa dari 306 keluarga itu ini berlindung di lapan buah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas menempatkan mangsa paling ramai iaitu 670 orang diikuti Jeli (457) dan Tanah Merah (20),” katanya.

Sementara itu empat batang sungai iaitu Sungai Kelantan di Aring Gua Musang, Sungai Pergau (Jeli), Sungai Lanas (Jeli) dan Sungai Golok (Tanah Merah) berada pada paras bahaya.

Sungai Kelantan di Lebir (Gua Musang), Sungai Galas (Kuala Krai), Sungai Galas di Dabong (Kuala Krai), Sungai Kelantan di Kusial (Tanah Merah), Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) dan Sungai Semerak (Jambatan Melor, Bachok) melepasi paras berjaga-jaga.

Bagi Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok (Rantau Panjang) pula melepasi bacaan amaran.

Lain-lain sungai berada pada bacaan normal.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya