Mangsa banjir Kelantan cecah 2,000 orang

Mangsa banjir Kelantan cecah 2,000 orang

SEORANG penunggang motosikal meredah air banjir di Kampung Jejulok, Bachok, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini makin meruncing apabila seramai 2,094 mangsa berlindung di 12 buat pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 8.40 malam tadi, kesemua mangsa itu terdiri daripada 644 keluarga.

Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas menjadi jajahan paling teruk apabila menempatkan 1,820 orang mangsa, diikuti Bachok (221), Tanah Merah (22), Kota Bharu (19) dan Machang (12).

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi tahap amaran dan berada di tahap 10.33 meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu melepas paras amaran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya