Mangsa banjir di Pasir Mas tinggal 670 orang

Mangsa banjir di Pasir Mas tinggal 670 orang

BEBERAPA buah kampung masih ditenggelami banjir di Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di Pasir Mas bertambah pulih apabila hanya serami 670 mangsa masih berlindung dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat  Pengurusan Banjir negeri berkata, dua PPS di Rantau Panjang yang menempatkan mangsa dari 185 keluarga itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) To’Deh dan SK Gual Periok.

Menurutnya, SK To’Deh menempatkan 356 orang mangsa manakala SK Gual Periok 314.

“Bagaimanapun, ada beberapa buah kampung masih ditenggelami banjir antaranya Kampung Baroh Pial, Gual periuk, Banggol Perol, Lachang, Terusan dan Tok Daah.

“Selain itu, Kampung Gual Nibong, Kedai Lama, Kedap, Bakat, Banggol Ubi Keling dan Kok Kiyeh antara yang masih banjir,” katanya.

Sementara itu Sungai Kelantan di Aring Gua Musang dan Sungai Lanas (Jeli) melepasi paras bahaya.

Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Pergau (Jeli) pula berada pada paras amaran manakala Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai), Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) dan Sungai Semerak (Jambatan Melor).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya