Lelaki warga Indonesia didakwa bunuh kakak - Utusan Malaysia

Lelaki warga Indonesia didakwa bunuh kakak

SAID AFENDI didakwa atas pertuduhan membunuh kakaknya di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh kakak kandungnya, minggu lalu.

Tertuduh, Said Afendi, 24, yang bekerja sebagai pembantu mangsa menjual nasi ayam penyet mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nur Khalida Farhana Abu Bakar.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Said Afendi didakwa membunuh kakaknya, Syarifah Ilawati, 42, di sebuah rumah di Blok 15, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini kira-kira pukul 2 pagi, 24 Disember lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Siti Fatimah tidak mencadangkan sebarang jaminan selain turut memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari depan bagi sebutan semula kes.

Isnin lalu, polis menahan dua suspek warga asing berusia 24 dan 41 tahun kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah rumah.

Dua warga asing terbabit adalah adik lelaki mangsa dan seorang wanita yang merupakan teman serumah mangsa serta direman seminggu hingga hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN