GUA MUSANG: Seorang lelaki warganegara Indonesia maut ditimpa pokok balak semasa sedang berehat di dalam jengkaut di kawasan matau balak, Kuala Betis di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Dian Hermawan, 32, ditemukan maut selepas tersepit.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang berehat di dalam jengkaut dan tiba-tiba sebarang pokok balak jatuh di atas jengkaut menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia.
“Hasil siasatan tiada sebarang unsur jenayah ditemukan ke atas mangsa.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Choon Foo memberitahu, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes di klasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah ditemukan terhadap kematian mangsa.
Katanya, pihak polis mengingatkan supaya tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa,” katanya.-UTUSAN