Lelaki cederakan ibu angkat ditangkap

Lelaki cederakan ibu angkat ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki tergamak mencederakan ibu angkatnya yang membelanya sejak berusia 10 hari hanya kerana mengenai hak milik rumah dalam kejadian pada 11 November lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa berusia 67 tahun yang juga seorang pesara swasta, membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada Selasa lalu selepas menerima rawatan kira-kira dua minggu di hospital.

Menurutnya, susulan itu, lelaki berusia 25 tahun itu ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Seremban di Taman BBS, Gombak, Selangor, pada pukul 1.50 tengah hari Rabu lalu.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau membabitkan dua kes dadah dan satu jenayah. 

“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di rumah pengadu di Taman Seremban Jaya Idaman.

“Perselisihan faham dikatakan terjadi apabila suspek mendesak hak milik rumah pengadu dipindahkan kepada anak suspek. Suspek didakwa tiba-tiba membaling sesuatu ke arah pengadu sehingga menyebabkan mata kirinya cedera,” katanya kepada pemberita, di sini.

Ujar Arifai lagi, mangsa kemudiannya menerima rawatan selama 14 hari di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban susulan cedera akibat perselisihan faham itu.

Menurutnya lagi, suspek juga didakwa mengambil kenderaan jenis Honda Civic milik pengadu untuk kegunaannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari hingga esok bagi melengkapkan siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya