Lebih 10,000 penduduk Kelantan jadi mangsa banjir

Lebih 10,000 penduduk Kelantan jadi mangsa banjir

ORANG ramai terpaksa meredah banjir selepas laluan di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan ditenggelami banjir-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di Kelantan makin kritikal apabila jumlah mangsa melepasi angka 10,000.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 8.30 malam tadi menyaksikan 10,279 mangsa berlindung di 67 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, enam jajahan yang terjejas dengan banjir ketika ini ialah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Jeli.

“Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,612 orang diikuti, Tanah Merah (1,676) dan Kuala Krai (2,019).

“Sementara Machang 242 mangsa, Gua Musang (268) dan Jeli (255),” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dalam perkembagan lain taburan hujan di negeri ini masih lebat dibeberapa kawasan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya