KPWKM serah kepada PKOB laksanakan pemutihan untuk kesan penipuan banjir di PPS

KPWKM serah kepada PKOB laksanakan pemutihan untuk kesan penipuan banjir di PPS

NANCY Shukri (tengah) semasa mengadakan tinjauan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB), Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyerahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk melaksanakan pemutihan selepas wujudnya dakwaan berkait penipuan melibatkan pendaftaran mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, siasatan yang akan dilakukan oleh PKOB dengan kerjasama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan melihat kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun dakwaan berkaitan penipuan mangsa banjir itu tidak menjadi keutamaaan sebaliknya perkara yang lebih penting adalah untuk memastikan keselamatan mangsa banjir.

“Kita akan serahkan kepada PKOB untuk siasat dahulu dan tidak melengahkan masalah yang hanya menjadi dakwaan. Namun, kita (JKM) lebih memberi tumpuan untuk bantu mangsa banjir di PPS.

“Perkara seperti ini (dakwaan) dibincang secara pentadbiran dan akan diambil tindakan secara pentadbiran kalau ada…kalau penipuan itu yang melibatkan pihak polis,” katanya pada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB), Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Nancy memberitahu, sebarang siasatan yang dilakukan juga turut bergantung kepada laporan yang diterima.

“Setakat ini, kita belum menerima apa-apa laporan berkaitan isu berkenaan, namun jika ada tindakan akan diambil.

“Pegawai kita sudah biasa menangani masalah yang timbul di lapangan sana…mereka biasa dan tahu apa nak buat,” ujarnya.

Media sebelum itu melaporkan sebilangan penduduk di Kelantan didakwa sanggup menipu dengan berpindah ke PPS semata-mata untuk mendapatkan bantuan banjir, sedangkan kediaman mereka tidak terkesan bencana itu atau setakat dinaiki air pada paras amat cetek.

Malah, ada dalam kalangan mereka dikatakan turut memanggil anak mereka yang berada di luar daerah lokasi banjir supaya pulang ke kampung halaman dan berpindah ke PPS untuk ‘merebut’ bantuan RM3,500 bagi setiap keluarga yang disediakan oleh kerajaan.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya