KPM sedia sekolah dijadikan sebagai PPKB

KPM sedia sekolah dijadikan sebagai PPKB

FADHLINA Sidek (kiri) semasa turun padang melakukan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa bersedia untuk memastikan sembilan buah sekolah miliknya mampu menjadi Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) khususnya untuk mangsa banjir pada masa hadapan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, perkara itu memerlukan persiapan, penyelenggaraan dan pembinaan dewan yang lebih kemas serta tersusun untuk memberikan keselesaan kepada mangsa.

“Di peringkat KPM kita tiada masalah untuk buat persiapan tersebut.

“Sudah pastinya ia akan memberi manfaat cukup besar kepada rakyat apabila berlaku bencana seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, di sini, hari ini.

Pada 28 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sembilan lokasi PPKB yang dicadangkan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong di Kuala Terengganu (Terengganu), SK Gual Tinggi (Pasir Mas, Kelantan), SK Seri Medan di Batu Pahat (Johor), SK Benta (Kuala Lipis, Pahang) dan SK Perwira di Teluk Intan, Perak.

Pada masa sama, SK Machang Bubok (Pulau Pinang) SK Beradek (Kuching, Sarawak) turut dicadangkan untuk PPKB, sementara di Kedah dan Sabah masih di peringkat penilaian Jabatan Pendidikan negeri berkenaan.

Sementara itu, Fadhlina memberitahu, sekolah yang terjejas dengan banjir dan menjadi PPS akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

Katanya, PdP itu turut melibatkan pelajar yang tidak dapat ke sekolah akibat kediaman mereka ditenggelami banjir.

“Kesiapsiagaan kita bila-bila masa walaupun bencana berlaku tapi pendidikan juga harus berjalan.

“Untuk itu, KPM telah melaksanakan persiapan lebih ke hadapan. Saya harap pelajar bersedia untuk belajar secara dalam talian ketika sekolah mereka ditutup,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya