KPM beri jaminan tiada calon hadapi masalah duduki SPM akibat banjir - Utusan Malaysia

KPM beri jaminan tiada calon hadapi masalah duduki SPM akibat banjir

FADHLINA SIDEK diperkenalkan kepada para pemain pasukan SMK Taman Desa (Akademi JDT U17) pada perlawanan akhir merebut Piala KPM-FAM di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tiada pelajar yang bermasalah untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang  bermula Selasa ini disebabkan banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah bersiap sedia dengan garis panduan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir buruk di seluruh negara.

“Alhamdulillah, persiapan semua dalam keadaan sangat baik, kesiapsiagaan kita dalam memastikan bahawa calon tidak akan terkesan dengan perubahan cuaca, khususnya banjir.

“Insya-Allah, kita doakan semua calon berjaya dan akan dapat menjawab peperiksaan SPM dengan baik dan tenang,” katanya selepas menyaksikan aksi perlawanan akhir Liga Piala Remaja KPM-FAM 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini malam tadi.

Seramai 259,668 calon bakal menduduki ujian Amali Sains SPM tahun ini yang akan dilaksanakan pada 5 hingga 7 Disember ini.

Ia diikuti Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Januari, manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Januari tahun depan, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari) dan Ujian Bertulis (30 Januari hingga 7 Mac).

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM telah merangka garisan panduan khusus bagi calon SPM yang terkesan akibat banjir ekoran Monsun Timur Laut.

“Kita sudah ada garis panduan dan juga persiapan kita, pemindahan dan langkah lain yang perlu diambil sebagainya sekiranya berlaku banjir. 

“Seperti yang berlaku tahun lepas, apabila ada peperiksaan yang terpaksa dihentikan kerana terputus perjalanan dan sebagainya. Jadi, kita akan adakan peperiksaan ulangan. Semua itu telah kita siapkan dalam garis panduan,” katanya.

Sebanyak 5,063 buah sekolah telah diwarta sebagai pusat pemindahan banjir (PPS) bagi menghadapi bencana tersebut yang diramalkan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya