Kesedaran tinggi pihak swasta, organisasi tentu arah kiblat - Utusan Malaysia

Kesedaran tinggi pihak swasta, organisasi tentu arah kiblat

DR. MOHD. Faudzinaim ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Kerusi Kitar Semula dan Sijil Pengesahan Arah Kiblat di stesen minyak Petron Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kesedaran masyarakat termasuk dalam kalangan agensi dan organisasi swasta bagi mendapatkan arah kiblat yang tepat seperti disyariatkan semakin berada di tahap tinggi.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr Mohd. Faudzinaim Badarudin berkata, tahap kesedaran dan keprihatinan masyarakat itu sangat dialu-alukan kerana ia memberi kesan besar dalam konteks ibadah dan urusan seharian umat Islam.

Jelas beliau, apatah lagi Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) telah dipertanggungjawabkan bagi membuat penentuan, pengesahan dan semakan arah kiblat bagi masjid, tanah perkuburan Islam dan surau termasuk surau-surau premis di seluruh negeri ini.

“Pengesahan arah kiblat sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak supaya arah kiblat tidak tersasar jauh dari Kaabah. Ini kerana, pesongan satu darjah dari arah kiblat adalah bersamaan 122 kilometer (km) tersasar dari Kaabah. 

“Perkara ini tidak boleh dipandang mudah kerana ia berkaitan soal ibadah. Jadi kami harapkan kesedaran ini dapat terus ditingkatkan dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Kerusi Kitar Semula dan Sijil Pengesahan Arah Kiblat di stesen minyak Petron Seremban 2, Seremban hari ini.

DR. MOHD. Faudzinaim (baris depan, tengah) pada Majlis Penyeragan Sijil Pengesahan Arah Kiblat di stesen minyak Petron Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, kata beliau, JMNS juga telah menerima banyak permohonan daripada orang ramai yang memohon untuk menentukan arah kiblat di rumah mereka. 

“Kakitangan jabatan terutamanya dari unit falak juga hadir ke rumah mereka membuat penentuan arah kiblat yang betul, jadi ia merupakan satu perkembangan yang amat positif dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia atas kesedaran mengenai perkara ini,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya