Kerjasama UMNO- Pas tidak ke mana - Puad - Utusan Malaysia

Kerjasama UMNO- Pas tidak ke mana – Puad

Datuk Dr. Puad Zarkashi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pihak perlu menghentikan memberi pandangan berhubung kerjasama UMNO dan Pas yang dilihat tidak bermanfaat dan berkekalan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, pengalaman lalu telah membuktikan kerjasama itu telah gagal selepas terbentuk Muafakat Nasional (MN).

“Buat masa ini tidak perlu difikirkan lagi kerjasama UMNO-Pas. Ia tidak ke mana. Asasnya ialah politik. Ia tidak kekal dan tidak bermanfaat.

“Peluang itu terlepas sejak gagalnya Muafakat Nasional. Ketika itu isu ICERD dan Statut Rom menyatukan UMNO-Pas. Tetapi bila faktor politik masuk ia membantut kerjasama itu,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, seorang lagi anggota Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil membangkitkan semula isu kerjasama antara kedua-dua parti setelah timbul cadangan Naib Presiden Pas, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi Perdana Menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk UMNO bermuafakat semula sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas Ahmad Shamsuri menang besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dan menewaskan Barisan Nasional (BN).

Justeru, Puad berkata, kerjasama ini yang dibangkit semula hanyalah marriege of convenience (tujuan politik) kerana PRK Kemaman. 

“Lebih baik moving forward (maju ke hadapan). UMNO dan Kerajaan Perpaduan tumpu mensejahterakan ekonomi negara dan rakyat, manakala PN jadi pembangkang yang konstruktif,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya