Kenaf dikurangkan untuk tambah bekalan makan negara

Kenaf dikurangkan untuk tambah bekalan makan negara

WAN Abdul Rahim Wan Abdullah (tiga kiri) menyerahkan replika cek sebagai simbolik penyerahan sumbangan rahmah TKIKT di Pasir Puteh, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Tapak tanaman kenaf di Kelantan dijadikan sawah padi buat sementara waktu dalam usaha untuk membantu memastikan keterjaminan makanan negara mencukupi.

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, langkah itu dijalankan berikutan penghasilan tanaman kenaf menurun sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, penanaman padi di kawasan tanaman kenaf di negeri ini juga merupakan kaedah positif kerajaan pusat yang peka terhadap produktiviti hasil padi dan keperluan beras negara.

“Sebelum ini, kenaf sememangnya merupakan tanaman silih ganti di luar musim penanaman padi yang diusahakan di tapak yang sama.

“Kaedah itu tidak dijalankan di negeri lain. Jadi, LKTN akan meneruskan usaha menebus guna tanah terbiar yang lain bagi menggantikan keluasan tanah yang digunakan untuk tanaman padi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Rahmah Tabung Kebajikan Industri Kenaf Tembakau (TKIKT) di Institut Kenaf dan Tembakau Negara, Cherang Tuli, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 315 pencarum TKIKT di Kelantan menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM94,500.

Wan Abdul Rahim memberitahu, industri kenaf akan terus dipacu dalam dua keperluan iaitu mewujudkan ladang kluster dan memperkasakan industri hiliran.

Katanya, industri hiliran yang menggunakan kenaf antaranya penghasilan fiber dan bahan gantian yang diperlukan dalam sektor pembinaan selain automotif.

Ujarnya, LKTN juga akan memperkasa penghasilan silaj iaitu makanan ternakan ruminan yang terhasil melalui proses pemeraman atau penapaian rumput napier dalam mengimbangi kos kenaikan harga makanan ternakan menggunakan daun kenaf.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya