Keluar undi walau ada anggapan calon Pas tetap menang PRK Kemaman - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Keluar undi walau ada anggapan calon Pas tetap menang PRK Kemaman – Tun Mahathir

MAHATHIR Mohamad ketika berucap pada Ceramah Perdana Grand Finale di Arena Square, Chukai di Kemaman, Terengganu. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diingatkan keluar mengundi beramai-ramai esok walaupun ada anggapan calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tetap menang pilihan raya terbabit.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pengundi di Kemaman perlu keluar mengundi bagi menentukan nasib mereka.

“Kita tak perlu berperang macam Hamas di Palestin. Cuma kita minta orang ramai keluar mengundi dalam PRK ini. Janganlah minta sogokan dan duit untuk pergi mengundi.

“Mengundi adalah tanggungjawab kita.. Janganlah kita fikir memang Pas akan menang, tak payah keluar. Semua mesti keluar dan undi parti Pas yang brtandimg di sini.

“Keluar beramai-ramai, mungkin hujan lebat, tapi tanggungjawab kita terhadap negara amat besar kalau kita tak keluar mengundi, samalah kita tak peduli kepada nasib negara,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Grand Finale di Arena Square di sini malam ini.

Mahathir berkata, PRK ini bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa pengundi di Kemaman ingin parti yang baik menjadi kerajaan.

“Kita tak mahu (pihak) yang tidak tentu pendirian menganggotai kerajaan,” katanya.

PRK Parlimen Kemaman membabitkan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ahmad Samsuri.

Kerusi P.040 Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan penyandang kerusi Parlimen itu dari Pas, Alias Che Hamid pada 26 September lalu.

Susulan itu, SPR menetapkan 18 November penamaan calon dan 2 Disember hari pengundian PRK Parlimen Kemaman membabitkan 141,790 pemilih berdaftar.

Pada PRU15 lalu, Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab. Ghani hanya memperoleh 506 undian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya