Keluar undi awal – SPR

Keluar undi awal – SPR

ABDUL Ghani Salleh (dua dari kiri) sewaktu meninjau persiapan Pilihan Raya Kecil Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini keluar mengundi awal bagi mengelak cuaca buruk.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan akan berlaku di Terengganu bermula semalam hingga hari ini.

Katanya, peratusan keluar mengundi dijangka terjejas jika cuaca buruk.

“Kita menjangkakan peratusan keluar mengundi kira-kira 70 peratus berdasarkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu,” katanya ketika selepas meninjau di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di Chukai, di sini, semalam.

Seramai 141,790 pengundi termasuk pengundi pos dan awal layak mengundi dalam PRK Parlimen Kemaman.

Sementara itu, SPR membuka 49 pusat mengundi dengan 244 saluran mengundi.

Selain itu, Abdul Ghani berkata, pihaknya juga memohon pengundi luar pulang untuk menunaikan tanggungjawab.

Keputusan rasmi PRK itu pula dijangka diperoleh pada pukul 9 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya