Kelantan kembali dilanda banjir

Kelantan kembali dilanda banjir

banjir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan kembali dilanda banjir gelombang kedua apabila seramai 260 mangsa dari jajahan Kuala Krai berlindung di enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 10.30 pagi, kesemua mangsa itu terdiri daripada 66 mangsa.

Katanya, enam PPS yang sudah diaktifkan itu ialah Pejabat Veterina, Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang, Madrasah Kampung Sepuluh, Masjid Cuchuh Puteri A, Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A dan Madrasah Chuchuh Puteri A.

“PPS  menampatkan mangsa paling ramai setakat ini Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A 61 orang, diikuti Madrasah Kampung Sepuluh (60), SK Chenulang (53) dan Masjid Chuchuh Puteri A (35).

“Sementara Madrasah Chuchuh Puteri A (33) dan Pejabat Veterina (18),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya