Kekal terajui Kementerian Kewangan bukti Anwar tidak yakin - Pas

Kekal terajui Kementerian Kewangan bukti Anwar tidak yakin – Pas

Ringgit
AHMAD Fadhli Shaari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal menerajui Kementerian Kewangan walaupun rombakan kabinet dilakukan hari ini memperlihatkan tokoh itu tidak yakin dengan barisan jemaah menteri untuk berada di posisi tersebut.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan itu turut memperlihatkan Pakatan Harapan (PH) yang di Pengerusikan oleh Ahli Parlimen Tambun itu melanggar manifesto sebelum ini untuk memisahkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Sejujurnya saya mengharapkan tugas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipecahkan, namun tidak berlaku.

“Sedangakan perkara itu yang mahu dilihat oleh rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Pelaksanaan Segera Menangani Runtuhan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Mohd. Rodzwan Mohd. Baba Sakri.

Ahmad Fadhli memberitahu, Pas berharap barisan kabinet yang dirombak pada hari ini mampu memenuhi keperluan semasa rakyat.

Katanya, beliau turut mahu pembentukan kabinet kali lebih bersikap proaktif dan juga praktikal.

“Jika dulu Kabinet kecil jimatkan duit rakyat sekarang…apa lagi alasan kerajaan,” ujarnya.

Utusan Online hari ini melaporkan, Anwar menegaskan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II dibuat berdasarkan pengalaman luas figura korporat itu dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Perdana Menteri berkata, keputusan melantik Amir Hamzah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya