'Kejora Surfing Cup' jadi acara tahunan - Utusan Malaysia

‘Kejora Surfing Cup’ jadi acara tahunan

DAUD Abd. Rahman (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejora Surfing Cup@Tanjung Balau Tahun 2023 di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Musim monsun di pantai Tanjung Balau, dekat  sini tidak lagi suram apabila pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) merancang untuk menjadikan Kejora Surfing Cup sebagai acara tahunan.

Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Kejora, Daud Abd. Rahman berkata, pertandingan selama tiga hari itu yang menawarkan hadiah keseluruhan RM30,000 merupakan yang pertama kali dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Sinar Tanjung Balau. 

“Program meluncur ombak ini biasanya diadakan di negara yang mempunyai ombak tinggi seperti Australia, Hawai bagaimanapun kita cuba tarik pengunjung yang berada di kawasan Kejora untuk cuba ‘surfing’ di pantai ini. 

“Dengan adanya program ini juga dapat mencungkil bakat anak muda dan memupuk rasa minat terhadap sukan meluncur ombak.

“Kita percaya menerusi penganjuran ini mampu menjadi tarikan kepada orang luar termasuk mereka dari luar negara untuk turut serta dalam pertandingan meluncur ombak di sini seterusnya menjadikan pantai Tanjung Balau destinasi ‘surfing’ terbaik,” katanya selepas menutup Kejora Surfing Cup@Tanjung Balau Tahun 2023 di Pantai Tanjung Balau, di sini hari ini.

Katanya seramai 100 peserta tempatan dan Singapura menyertai pertandingan tersebut yang melibatkan lapan kategori. 

“Kita akan jadikan acara ini sebagai program tahunan sukan bertaraf antarabangsa. Jika kita lihat sukan ini seolah-olah macam acara berbahaya, tetapi ia sukan yang baik untuk menonjolkan bakat peserta untuk ke Sukan SEA dan Sukan Asia pada masa akan datang.

“Musim monsun di pantai Tanjung Balau akan meriah selepas ini. Kalau tiada monsun kita tak boleh buat pertandingan seperti ini. 

“Dari segi soal keselamatan pula, kita bekerjasama dengan agensi keselamatan untuk melindungi peserta yang menyertai ‘surfing’ ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya