Kejohanan Badminton Tertutup Piala Tengku Ilisha 2023 pupuk semangat perpaduan warga KotaSAS - Utusan Malaysia

Kejohanan Badminton Tertutup Piala Tengku Ilisha 2023 pupuk semangat perpaduan warga KotaSAS

TENGKU PUTERI Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah (kiri) dan Cik Puan Panglima Puteri Suraya Mohamed Moiz bertemu pasangan Fatin Syahirah Zainuddin (kanan) dan Nor Azlinda Ahmad dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Tertutup Piala Tengku Ilisha 2023 di Dewan Badminton Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kejohanan Badminton Tertutup Piala Tengku Ilisha 2023 julang kali dianjurkan bagi memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan penduduk di KotaSAS di sini.

Kejohanan terbabit hasil cetusan idea Cik Puan Panglima Puteri Suraya Mohamed Moiz, seorang residen KotaSAS.

Pengerusi Persatuan Penduduk Springvale P7 KotaSAS (SVRA), Izudin Muhamad Amin yang juga merupakan pengarah kejohanan berkata,
penganjuran kali ini berteraskan kepada semangat perpaduan dan kebersamaan penduduk KotaSAS.

Jelasnya, ia juga sebagai usaha mempelbagaikan lagi aktiviti sukan dan rekreasi melibatkan warga setempat di residen terbabit.

“Idea kejohanan ini disambut dan disokong oleh Penaung Diraja Persatuan Badminton Negeri Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Al-Sultan Abdullah.

“Kejohanan ini berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Pahang. Ia disertai 10 pasukan dan mengumpulkan 130 pemain dan lebih 250 penyokong,” katanya ketika ditemui di sini.

PENGERUSI Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan (kiri) menyampaikan cenderamata kepada para pengadil yang terlibat pada Kejohanan Badminton Tertutup Piala Tengku Ilisha 2023 di Dewan Badminton Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail berkata, pihaknya berbesar hati dengan penganjuran ini yang dilihat dapat memupuk minat masyarakat terhadap sukan badminton.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut sudi mencemar duli menyaksikan beberapa perlawanan dalam kejohanan tertutup terbabit.

“Beberapa kerabat Diraja Pahang dan pimpinan kerajaan negeri juga turut hadir memeriahkan acara,” katanya.

Kejohanan julung kali tersebut dimenangai oleh pasukan ‘Evergreen’ dari Presint 5 KotaSAS. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan piala pusingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya