Kehilangan Bella terus misteri, teman lelaki dibebas - Utusan Malaysia

Kehilangan Bella terus misteri, teman lelaki dibebas

GAMBAR kenangan Mira Sharmila Samsusah (belakang) yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu ketika bersama Norisham sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kehilangan seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella sejak 14 Disember lalu kekal misteri apabila penahanan teman lelakinya gagal merungkai kejadian itu hingga kini. 

Selepas ditahan sejak 25 Disember lalu, lelaki berusia  24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kurier itu dibebaskan dengan jaminan polis apabila tempoh tahanan remannya berakhir hari ini. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengakui lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis namun siasatan akan terus dijalankan. 

Katanya, pembebasan itu adalah perkara biasa dalam siasatan dan pihaknya akan meneruskan siasatan untuk mencari apakah punca sebenarnya yang berlaku kepada Mira Sharmila, 34.

“Selain soal siasat ke atas individu yang disyaki terlibat dengan kehilangan Mira atau lebih dikenali sebagai Bella itu, kami juga menggunakan kaedah-kaedah lain untuk mencari puncanya. 

“Siasatan akan terus berjalan untuk mencari punca sebenar kehilangan ibu tunggal beranak dua itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurutnya, lelaki berkenaan dibebaskan lewat petang semalam selepas siasatan terhadapnya sebagai orang terakhir bersama Bella selesai. 

Sementara itu, keluarga Bella terus berharap anak bongsu daripada dua beradik itu berjaya ditemukan walaupun sudah memasuki hari ke-16 kehilangannya hari ini. 

Kakaknya, Norisham, 36, berkata, keluarganya kini buntu untuk memikirkan apakah langkah seterusnya yang boleh dilakukan bagi merungkai kehilangan adiknya itu. 

“Apa yang diharapkan kini hanyalah berdoa, termasuk ibu kepada Allah agar Bella dapat ditemukan semula dalam keadaan selamat akan dimakbulkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya